Kerjaya politik Khairy_Jamaluddin

Beliau hanya muncul di bawah kepimpinan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pada masa itu beliau diberi kepercayaan untuk menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO di bawah Dato' Seri Hishamuddin Hussein.

Pilihan raya Malaysia 2008

Pada Mac 2009, iaitu di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Khairy bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional .Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Rembau, Negeri Sembilan. Khairy telah menang dengan mendapat undi sebanyak 26,525 mengalahkan calon lawan iaitu Badrul Hisham Shaharin dari PKR yang mendapat 20,779 undi. Peratus pengundi yang keluar ialah 77%. Undi rosak sebanyak 1,086.

Bertanding Ketua Pemuda UMNO

Pada 17 September 2008, beliau mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Di Chembong, Rembau, Negeri Sembilan, seramai 40 ketua pemuda UMNO seluruh Malaysia turut hadir menyatakan sokongan. Antara yang hadir ialah Datuk Abdul Rahman Dahlan, exco Pemuda Datuk Rezal Merican Naina Merican dan ketua Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.Turut bertanding ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo; exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir dan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainol Abidin.[3]

PRU 13

Pilihanraya Umum Malaysia ke-13 yang telah berlangsung pada 5 Mei lalu menyaksikan keputusan kemenangan Khairy Jamaluddin di kerusi parlimen Rembau dengan majoriti 18,357 berbanding PRU12 sebanyak 5,746 sekali gus mengekalkan kerusi disandang beliau sejak sepenggal lalu.Terbaru Khairy Jamaluddin di lantik sebagai Menteri di Kementerian Belia dan Sukan dalam kebinet Malaysia 2013 yang diterajui oleh Perdana Menteri Mohd Najib bin Abdul Razak[4]

Rujukan

WikiPedia: Khairy_Jamaluddin http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?... http://www.bernama.com/bernama/v3/news.php?id=2761... http://antikhairy.blogspot.com/2008/03/pak-lah-sel... http://www.jeffooi.com/2006/08/ecmlibra_bruhaha_ab... http://www.jeffooi.com/2006/08/freetalk_16_ultrama... http://www.malaysiakini.com/news/81914 http://www.malaysiakini.com/news/89901 http://www.malaysiakini.com/news/91527 http://www.time.com/time/asia/covers/501061106/sto... http://youtube.com/watch?v=cpsGKb0UB0Y